PENGENALAN
Sabah telah melalui separuh abad
sebagai negeri merdeka dari cengkaman penjajah SBUB sejak 1881 dan bebas
sepenuhnya pada 1963.Sebelum sabah menyertai pembentukan Malaysia ianya telah
diisytiharkan sebagai sebuah Negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada
penjajah 31 ogos 1963.Makna sebagai sebuah Negara adalah amat bererti buat
rakyat sabah dan di mana selama 82 tahun sudah cukup mengajar erti jiwa hamba kepada jiwa merdeka. Ini kerana telah
ramai tokoh-tokoh pejuang yang sanggup berjuang demi tanah air. Antaranya ialah
Paduka Mat Salleh,Datu Tating Perwira,Antanom pahlawan anak rimbah berjiwa
besar,Sharif Osman,Panglima Alli,Datu Mustapha
Bin Harun dan sebagai nya.
TOKOH-TOKOH PEJUANG SABAH
1. Mat
Salleh
2. Datu
Tating Perwira
3. Antanom
Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar
4. Sharif Usman
5. Panglima
Ali
6. Datu
Mustapha Bin Harun
MAT SALLEH atau nama
sebenarnya datu mat salleh merupakan
pejuang sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada inggeris
di sabah. Mat salleh pernah mengisytiharkan daerah tambunan atau dalam bahasa
mat salleh NEGERI TAMBUNAN sebagai daerah dibawah kekuasaannya. Mat salleh berasal
daripada suku suluk paitan. Ayahnya adalah datu balu berkhawin di inanam dengan
seorang perempuan suku bajau. Hasil daripada perkhawinan mereka itu lahir lah
empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat salleh, badin dan bolong. Isteri mat
salleh bernama dayang badang, berasal daripada keluarga sultan sulu dan
berkampung di pengalaban, paitan , kota tibabar . tambunan adalah salah sebuah
kota utama pertahanan mat salleh yang kuat. Kota ini adalah benteng terakhir
mat salleh dalam memimpin orang-orang sabah menentang inggeris. Kejatuhan kota
ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat kompeni hindia timur inggeris dan
Berjaya mematahkan pertahanan mat salleh, malah peristiwa itu menandakan
gugurnya mat salleh sebagai pejuang bangsa. Pada mulanya mat salleh mengambil
tugas bapanya sebagai ketua kampong di lingkabo dan sungai sugut. Perbalanjaan
pentadbiran mat salleh adalah datang dari pungutan cukai kepada
pedagang-pedagang yang melalui sungai sugut pada tahun 1894. Inggeris tidak
senang dengan perbuatan mat salleh itu. Lalu menyerang mat salleh di jambongan
serta memusnahkan kubu pertahanan mat salleh di sungai sugut pada tahun 1896
hingga 1897. Datu mat salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik
perjuangan mat salleh menentang pencerobohan dan keganasan kompeni hindia timur
inggeris bermula pada 1897. Mat salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan
membinasakan pejabat pentadbiran kompeni hindia timur inggeris di pulau gaya.
Dalam tahun yang sama juga mat salleh menyerang dan membakar pejabat residen kompeni
hindia timur inggeris di ambong. Pada bulan Disember 1897, inggeris menyerang
kubu mat salleh di ranau. Mereka tewas dan banyak askar enggeris terbunuh,
jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada bulan januari 1898, inggeris
sekali lagi menyerang kubu mat salleh di ranau dengan angkatan tentera yang
lebih ramai. Kubu mat salleh telah musnah tetapi mat salleh Berjaya
mengunburkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, lebih kuat dan kuku di
kampung tibabar, tambunan. Kota utama mat salleh di tambunan ini sangat sukar
ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu bata , kayu serta bulu yang tidak
dapat ditembusi peluru setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa
terowong dan jalan dibawa tanah untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain di luar kota. Jalan
rahsia ini juga digunakan untuk menyelamatkan diri apabila dikepung musuh. Kini
sebuah tugu telah dibina oleh inggeris untuk memperingatkan kota mat salleh
itu, di tugu peringatan mat salleh itu tertulis perkataan dalam bahasa inggeris
yang bererti “tugu menandakan tapak kubu mat salleh yang telah ditawan oleh
pasukan bersenjata North Berneo Constabulary pada 1 ferbuari 1900. Dalam masa
pertempuran itu mat salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun
menentang pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya. Pada pandangan british
mat salleh dianggap pemberontak tetapi bagi rakyat Malaysia mat salleh dianggap
sebagai seorang pejuang kemerdekaan dan pahlawan negara
Datu
Tating atau dikenali sebagai pewira sabah yang melawan penjajah. Sedikit
sebanyak mengenai beliau ialah beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang
dengan kehadiran british di borneo dan kepulauan sulu. Datu Tating adalah
seorang datu di raja dan berketuruan sulu di lahirkan dibawa kesultanan sulu
dan latar belakang ibunya menunujukkan hubungan rapat dengan pihak kerajaan.
Kehadiran beliau di pulau balambangan mengubah hidup rakyat disana apabila
beliau Berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk membina benteng
da gudang. Tetapi apabila John Robert muncul dan mengacukan senjata dihadapan
pengikutnya, kemarahan beliau terhadap british pun bermula. Tindakan John
Robert seolah-olah tidak menghormati bangsanya. Hal ini berlaku semasa
perbincangan mengenai pembayaran gaji, kontrak gudang , pembersihan hutan dan
pembinaan kubu. Sejurus itu beliau pergi ke pulau banggi dakula dan bekerjasama
dengan sepupuhnya. Datu Tating Berjaya mengumpulkan sebanyak 300 orang mistik
dan suku iranun untuk menyerbu british di pulau balanbangan. Datu Tating adalah
yang pertama melawan british di pulau balambangan. Kepahlawanan beliau jelas
terlihat apabila beliau Berjaya mengalahkan british dan hanya mengambil masa
selama 7 jam. Aktiviti menetang british kemudiannya mula menular di beberapa
bahagian termasuklah di tempasuk, teluk
marudu dan relau. Kisah Datu Tating
mungkin tidak banyak yang diketahui oleh pakar sejarah dan masyarakat. Ini
mungkin disebabkan persepsi sesetengah pihak yang keliru samada beliau adalah
sabahan ataupun bukan, kerana beliau adalah berasal dari suku Tausug yang
dijumpai di Filipina.
Antanom
nama sebenar ialah Ontoros anak lelai antanom.Beliau dilahirkan pada tahun 1875
dan merupakan ketua kaum murut di Rundum. Sejak antanom berumur 30 tahun,beliau
telah memimpin orang murut untuk menentang SBUB yang menindas kaum mereka.SBUB
melarang kaum murut untuk membuka tanah baru.Oleh itu,orang murut merasakan hak
mereka diceroboh dan akibatnya mereka kekurangan beras untuk menampungkehidupa mereka.Selainitu,SBUB mengenakan cukai pelbagai yang membebankan orang murut seperti
megenakan cukai kepala sebanyak 1 dolar setiap orang , cukai tanaman pindah
sebanyak 50 sen setiap ekar dan cukai tangkapan ikan besar.Seterusnya,orang
murut dijadikan buruh paksa yang bertujuan untuk membina jalan di pedalaman dan
memasang kawat telegraf anatara Tenom dengan Rundum.Di samping itu, SBUB juga
campur tangan dengan urusan rumah tangga orang tempatan seperti suami isteri
kaum murut yang dikehendaki tinggal berasingan dan mereka dikenakan satu dolar
setiap kali mereka bertemu.Malahan,SBUB
menceroboh kawasan hutan untuk membina jalan.Hal ini menyebabkan penduduk murut
tidak berpuas hati kerana tindakan ini akan menganggu roh nenek moyang
mereka.Keadaan yang keterlaluan ini menyebabkan antanom dan orang murut bersatu
untuk menentang SBUB demi menebus maruah mereka . Pada Februari 1915, Antanom
memimpin sebanyak 600 orang murut telah berjaya memusnahkan pusat pentadbiran
SBUB di Rundum.Kejayaan tersebut telah menaikan semangat perjuangan orang murut
dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang.Dengan ini, Antanom telah membina
kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi tujuh buah rumah bawah
tanah.Pada April 1915 SBUB telah menghantar 400 orang tentera menyerang kubu
antanom di Sungai Selangit.Oleh itu,berlakunya
pertempuran orang murut dengan tentera SBUB selama 6 minggu.Antanom dan
400 orang murut terkorban dalam mempertahankan Rundum.Penentangan ini dikenali
sebagai ‘kebangkitan Rundum’. Selepas penentangan tersebut,SBUB telah
mengenakan tindakan yang tegas terhadap pengikut Antanom seperti 8 orang kanan
Antanom telah dibuang daerah ke kudat dan pengikut yang lain telah menjadi
buruh paksa untuk memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau.SBUB
juga telah mengarahkan orang murut untuk bersumpah taat setia bagi mengelakkan
kebangkitan penentangan yang seterusnya.Oleh
hal yang demikian,orang murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda
protes terhadap SBUB
SHARIF
USMAN adalah sultan marudu yang
berperang dengan british dan james
brooke,Raja Sarawak pada than 1845.beliau dianggap Ketua lanun paling
bahaya di Asia.Pihak British menganggap Shariff Usman sebagai ancaman kerajaan British dan Raja Brooke
Sarawak.
Shariff Usman juga adalah tokoh kontroversi yang di
anggap Pejuang Pertama di sabah yang
berani menentang dan mencabar pertuanan British
di sabah.Beliau adalah pemerintah
Marudu di Utara Negeri Sabah.Isterinya yang pertama bernama Dayang Cahaya iaitu
kerabat kerabat atau anak Sultan Sulu,seorang wanita yang putih
melepek.Orang-orang Marudu menggambarkan Dayang Cahaya sebagai berikt”apabila
dia makan nasi.nasi akan nampak lal dalam korongkongnya”.bayangkanlah putihnya
Dayang Cahaya ini.James Brooke semasa berperang dengan Shariff Usaman pernah
meminta Shariff Usman agar memperlihatkan wajah Dayang Cahaya sebagai syarat
damai gencatan senjata.Shariff Usman enggan dan sebaliknya memperlihatkan
tangan Dayang Cahaya dari sebalik dinding istananya James Brooke sebenarnya
mencari seorang wanita inggeris iatitu adik ipar Gabenor General Syarikat
Hindia Timr Inggeris (SHTI) di India
yang didakwanya disembunyikan oleh Shariff Usman.Pangeran Yusop (bapa
mertuah Sultan Brunei)di kimanis adalah sahabat baik Shariff Usman dan
terlibat sma menentang penjajahan British di negeri Sabah bersma-sama
Shariff usman.Shariff Usman dikatakan
terbunuh di kubu Marudu tetapi mayatnya gagal di temui.Ada pendapat mengatakan
beliau tidak terkorban sewaktu perang marudu 1845 dan makam yang ada d kubu
marudu adalah makam Shariff Merum,anak Shariff
Usman.Laporan British hanya menyebutkan antara yang terbunuh di kubu Marudu
ialah tiga orang keturunan Arab(Shariff)dan Shariff Usman akhirnya akan
matiberdasarkan maklumat seorang perempuan yang ditemui dalam keadaan lemah di
Kubu Marudu .Perempuan itu mendakwa Shariff Usman cedera dan telah di bawah
keluar dari kubu oleh pengikutnya.Hingga sekarang hanya tiga nisan lelaki dan
satu nisan perempuan terpacak di Kubu Marudu .
Ali Imam
Abbas Sani digelar sebagai Panglima Ali yang berbangsa bajau subentik ubian
yang berasal dari Pulau Sulug,Jesselton.Panglima Ali dilahirkan pada 1884
merupakan anak ketiga daripada 12 orang
adik beradik.Beliau diberi gelaran panglima oleh Syarikat Berpiagam Borneo
Utara British(SBBUB) kerana keberanian beliau menentang kempeitai( perisik Tentera Jepun).Panglima
Ali adalah seorang daripada 324 rakyat tempatan Sabah yang dibunuh secara kejam
oleh Jepun di Petagas,Kota Kinabalu pada 21 januari 1944 dan pengorbanan mereka
diabadikan melalui tugu peringatan Petagas.Pada 9 oktober 1943, berlakunya
kebakaran gudang getah di pelabuhan Jesselton yang telah menyebabkan kemuncak kebencian Jepun terhadap pemimpin
masyarakat Pulau Sulug.Jepun mendakwa ia angkara Panglima Ali dan
pengikutnya.Dengan itu,tentera jepun bertindak balas dengan melancarkan operasi
menjejak Panglima Ali kerana tercabar dengan kebakaran gudang komoditi yang
sangat penting ketika perang dunia kedua pada tahun 1941 hingga 1945.Tuduhan
tanpa bukti itu menyebabkan berlakunya
tentangan yang berterusan daripada panglima Ali dan pengikutnya kepada
pihak Jepun terutama di Pulau Sulug dan Pulau Gaya di perairan Jesselton.oleh
itu,Panglima Ali dan pengikutnya tidak membiarkan penduduk Pulau Gaya dan Pulau
Sulug menjadi korban kekejaman Jepun.Hal ini menyebabkan mereka enggan
meninggalkan Pulau itu biarpun sedar Kempetai akan bertindak balas.Panglima Ali
bersama dengan dua orang kananya dikenali sebagai Kasil dan Sandolan berjaya
ditawan oleh Askar Nippon. Hal ini disebabkan oleh kelemahan senjata yang digunakan oleh mereka
iaitu parang sedangkan askar nippon menggunakan senjata api moden.Dengan
itu,panglima Ali dan pengikutnya dibunuh bersama anggota gerila Kinabalu yang
diketuai oleh Albert Kwok yang terbabit dalam pemberontakan 10 oktober 1943
atau “Dobule Ten” di pantai barat,Borneo Utara.
Datu Mustapha Bin Harun dilahirkan pada 31 julai 1918 di kampung
Tamoakan,Kudat,Sabah.Beliau adalah anak ke-3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan
Norani Abdul Rahan.Bapanya bebangsa suluk dan ibunya
adalah Bajau Bannaran.
Pada tahun 1928,ketika berusia 10 tahun,beliau bekerja sebagai
pelayan rumah Residen Kudat Syarikat Berperang Borneo Utara,E.W.Morel.6 tahun kemudian,beliau
menjadi “Office Orderly”di pejabat
Daerah Kudat.Pada 1 februari 1937,beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dan
Pemungut Cukai Candu.Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas
tentara Jepun.Sewaktu zaman akhir penjajahan Jepun Mustapha telah bertindak
menentang tentera Jepun dan pihak Jepun telah menawarkan ganjaran wang untuk
menangkap Tun Mustapha.Sewaktu pemborontakan Albert Kwork,Albert Kwork telah
mengajak Tun Mustapha untuk bersama-sama menyerang Jesselton,tetapi beliau
menasihat kan Albert Kwork bahwa belum tiba msa untuk memberontak.Persediaan
dan perancangan rapi adalah diperlukan.Albert Kwork telah bertindak
sendirian.Walaubagaimanapun ornag-orang Tun Mustapha dari suku Bajau Sulu dari Mantanani dan inanam dibawah
pemimoin Pangalima Ali dan beberapa
pemimpin Bajau Suluk yang lain telah bersama-sama dengan Alber Kwork.Pada than 1944,beliau
telah belayar menggunakan kapal layar Bajau jenis kumpit ke Palawan (Filipina) bersama-sama sahabatnya Haji
Jaafar dan seorang lagi untuk meminta bantuan tentera Amerika di Filipina.sewaktu di pulau
Balambangan(senjata pusaka dari Paduka Mat Salleh)dan mereka berjaya membunuh kesemua tentera Jepun.Tun
Mustapha telah memenggal kepala tentera
Jepun yang dibunuhnya untuk di bawah menemui Jeneral Mac Arthur(Keta Tentera
Amerika Syarikat yang berpangkalan di Filipina)untuk mendapat bantuan jenjata
bagi menentang tentera Jepun di sabah.Sewaktu
Tun Mustapha di Filipina bapanya meninggal dunia dan adiknya pula Datu
Muhammadun bersama-sama sahabatnya (sepupunya)Alibasa telah di tangkap oleh
tentera Jepun di perairan pulau bangi sewaktu mengintip pergerakan tentera
jepun untuk memastikan pelayaran Tun Mustapha palawan selamat.Pada waktu itu
pihak jepun menyangka bahawa yang ditangkap itu adalah Datu Mustapha,tetapi
mereka tidak tahu(sumber lisan adik bongsu Tun).Datu Muhamadun telah disiksa
oleh tentera jepun dengan diikat di palangan kayu.dihiris-hiris badanya dan
lukanya dibubuh garam.Beliau dijemur di panas terik , diberi minum air sabun
dan dipukul perut dan badanya tiga malam dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki
tarik ke atas.Beliau juga disiksa dan dipukul oleh tentera jepun.Selepas tiga
hari,Ali Bassa dan Datu Muhamadun di bawa belayar ke kudat.Datu Muhamadun telah
memberikan amantah akhir kepada Ali Bassa agar beliau mencari jalan untuk
melarikan diri dan memberitahu Tun Mustapha mengenai penangkapanya dan beliau
berpesan agar membela kematiannya nanti.Ali Bassa telah berjaya melarikan diri
dengan terjun ke laut di perairan Pulau Balak-Balak Banggi.Dalam keadaan kaki
dan tangan yang terikat seta telanjang bulat.Menurut beliau sewaktu berada
dalam air,Ikan yu hanya mengelilinginya dan beliau boleh bernafas dalam
air.Ailr lau tidak mengenai hidungnya dalam jarak sejangkal.Beliau berjaya
membuka ikatan di kaki dan tanganya dan berenang ke Pulau Balak-Balak
Banggi.Sewaktu terjun ke laut,beliau telah dihujani peluru meriam dan senapang
tentera jepun.Namun,tidak lansung mengenai tubuhnya.Keberanina Datu Muhamadun
dan Ali Bassa telah diabadikan dalam syair Perang Sabil dalam versi bahasa
Suluk untuk menaikkan semangat jihal gerila di Sabah.Sewaktu Tun Mustapha
kembali ke Sabah beliau amat marah dengan kematian adiknya .Tun Mustapha telah
menubuhkan dan mengetuai tentera gerila bumiputera Sabah dengan berpangkat
Kapten.Pasukan tentera gerila ini telah disertai oleh orang-oarang bumiputera
dari Suku Suluk,Bajau Bannaran,Kagayan.Orang Sungai dan Orang Brunei dari
Kudat,Kota Marudu dan Pitas.Beliau bermula dengan pangkat pervet dan setelah
itu dinaikkan pangkat bersarjan di dalam bahagian perkhidmatan perisikan
rahsia.5 April 1945,Tun Datu Mustapha
dinaikkan pangkat Leftenan.Selepas itu,beliau menjawat jawatan kapten gerila
british di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N comber,bekas pegawai
daerah Kota Belud.Sewaktu melayan tentera Jepun,Pasukan gerila Tun Mustapha
terlibat dengan beberapa ,pertempuran di Kudat,Kota Marudu ,PItas ,Kota Belud
dan Pulau Banggi.Sewaktu fasa akhir menentang tentera jepun,Tun Mustapha telah
menempatkan semua keluarga dan sanak saudaranya yang ingin berpindah ke sebuah
tempat persembunyian yang dikenali sebagai tapokan di kawasan Telaga,Pitas.
Sekembalinya British dari perang dunia kedua,beliau menyadang kerusi ketua anak
negeri kelas satu membawa gelaran orang kaya-kaya.Beliau telah memperjuangkan
kemerdekaan Sabah dan atas kepimpinanya sewaktu melawan tentera jepun di
Sabah,beliau telah diberi mandat untuk memimpin Sabah bagi mencapai kemerdekaan.Setelah
itu,tiba saatnya gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia,beliau
dilantik sebagai yang dipertua negeri Sabah.
ada cerita yang bias ..lain cerita ko ini bro
ReplyDelete