PENGENALAN

TOKOH-TOKOH PEJUANG SABAH
1. Mat
Salleh
2. Datu
Tating Perwira
3. Antanom
Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar
4. Sharif Usman
5. Panglima
Ali
6. Datu
Mustapha Bin Harun



SHARIF
USMAN adalah sultan marudu yang
berperang dengan british dan james
brooke,Raja Sarawak pada than 1845.beliau dianggap Ketua lanun paling
bahaya di Asia.Pihak British menganggap Shariff Usman sebagai ancaman kerajaan British dan Raja Brooke
Sarawak.
Shariff Usman juga adalah tokoh kontroversi yang di
anggap Pejuang Pertama di sabah yang
berani menentang dan mencabar pertuanan British
di sabah.Beliau adalah pemerintah
Marudu di Utara Negeri Sabah.Isterinya yang pertama bernama Dayang Cahaya iaitu
kerabat kerabat atau anak Sultan Sulu,seorang wanita yang putih
melepek.Orang-orang Marudu menggambarkan Dayang Cahaya sebagai berikt”apabila
dia makan nasi.nasi akan nampak lal dalam korongkongnya”.bayangkanlah putihnya
Dayang Cahaya ini.James Brooke semasa berperang dengan Shariff Usaman pernah
meminta Shariff Usman agar memperlihatkan wajah Dayang Cahaya sebagai syarat
damai gencatan senjata.Shariff Usman enggan dan sebaliknya memperlihatkan
tangan Dayang Cahaya dari sebalik dinding istananya James Brooke sebenarnya
mencari seorang wanita inggeris iatitu adik ipar Gabenor General Syarikat
Hindia Timr Inggeris (SHTI) di India
yang didakwanya disembunyikan oleh Shariff Usman.Pangeran Yusop (bapa
mertuah Sultan Brunei)di kimanis adalah sahabat baik Shariff Usman dan
terlibat sma menentang penjajahan British di negeri Sabah bersma-sama
Shariff usman.Shariff Usman dikatakan
terbunuh di kubu Marudu tetapi mayatnya gagal di temui.Ada pendapat mengatakan
beliau tidak terkorban sewaktu perang marudu 1845 dan makam yang ada d kubu
marudu adalah makam Shariff Merum,anak Shariff
Usman.Laporan British hanya menyebutkan antara yang terbunuh di kubu Marudu
ialah tiga orang keturunan Arab(Shariff)dan Shariff Usman akhirnya akan
matiberdasarkan maklumat seorang perempuan yang ditemui dalam keadaan lemah di
Kubu Marudu .Perempuan itu mendakwa Shariff Usman cedera dan telah di bawah
keluar dari kubu oleh pengikutnya.Hingga sekarang hanya tiga nisan lelaki dan
satu nisan perempuan terpacak di Kubu Marudu .
Ali Imam
Abbas Sani digelar sebagai Panglima Ali yang berbangsa bajau subentik ubian
yang berasal dari Pulau Sulug,Jesselton.Panglima Ali dilahirkan pada 1884
merupakan anak ketiga daripada 12 orang
adik beradik.Beliau diberi gelaran panglima oleh Syarikat Berpiagam Borneo
Utara British(SBBUB) kerana keberanian beliau menentang kempeitai( perisik Tentera Jepun).Panglima
Ali adalah seorang daripada 324 rakyat tempatan Sabah yang dibunuh secara kejam
oleh Jepun di Petagas,Kota Kinabalu pada 21 januari 1944 dan pengorbanan mereka
diabadikan melalui tugu peringatan Petagas.Pada 9 oktober 1943, berlakunya
kebakaran gudang getah di pelabuhan Jesselton yang telah menyebabkan kemuncak kebencian Jepun terhadap pemimpin
masyarakat Pulau Sulug.Jepun mendakwa ia angkara Panglima Ali dan
pengikutnya.Dengan itu,tentera jepun bertindak balas dengan melancarkan operasi
menjejak Panglima Ali kerana tercabar dengan kebakaran gudang komoditi yang
sangat penting ketika perang dunia kedua pada tahun 1941 hingga 1945.Tuduhan
tanpa bukti itu menyebabkan berlakunya
tentangan yang berterusan daripada panglima Ali dan pengikutnya kepada
pihak Jepun terutama di Pulau Sulug dan Pulau Gaya di perairan Jesselton.oleh
itu,Panglima Ali dan pengikutnya tidak membiarkan penduduk Pulau Gaya dan Pulau
Sulug menjadi korban kekejaman Jepun.Hal ini menyebabkan mereka enggan
meninggalkan Pulau itu biarpun sedar Kempetai akan bertindak balas.Panglima Ali
bersama dengan dua orang kananya dikenali sebagai Kasil dan Sandolan berjaya
ditawan oleh Askar Nippon. Hal ini disebabkan oleh kelemahan senjata yang digunakan oleh mereka
iaitu parang sedangkan askar nippon menggunakan senjata api moden.Dengan
itu,panglima Ali dan pengikutnya dibunuh bersama anggota gerila Kinabalu yang
diketuai oleh Albert Kwok yang terbabit dalam pemberontakan 10 oktober 1943
atau “Dobule Ten” di pantai barat,Borneo Utara.

Pada tahun 1928,ketika berusia 10 tahun,beliau bekerja sebagai
pelayan rumah Residen Kudat Syarikat Berperang Borneo Utara,E.W.Morel.6 tahun kemudian,beliau
menjadi “Office Orderly”di pejabat
Daerah Kudat.Pada 1 februari 1937,beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dan
Pemungut Cukai Candu.Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas
tentara Jepun.Sewaktu zaman akhir penjajahan Jepun Mustapha telah bertindak
menentang tentera Jepun dan pihak Jepun telah menawarkan ganjaran wang untuk
menangkap Tun Mustapha.Sewaktu pemborontakan Albert Kwork,Albert Kwork telah
mengajak Tun Mustapha untuk bersama-sama menyerang Jesselton,tetapi beliau
menasihat kan Albert Kwork bahwa belum tiba msa untuk memberontak.Persediaan
dan perancangan rapi adalah diperlukan.Albert Kwork telah bertindak
sendirian.Walaubagaimanapun ornag-orang Tun Mustapha dari suku Bajau Sulu dari Mantanani dan inanam dibawah
pemimoin Pangalima Ali dan beberapa
pemimpin Bajau Suluk yang lain telah bersama-sama dengan Alber Kwork.Pada than 1944,beliau
telah belayar menggunakan kapal layar Bajau jenis kumpit ke Palawan (Filipina) bersama-sama sahabatnya Haji
Jaafar dan seorang lagi untuk meminta bantuan tentera Amerika di Filipina.sewaktu di pulau
Balambangan(senjata pusaka dari Paduka Mat Salleh)dan mereka berjaya membunuh kesemua tentera Jepun.Tun
Mustapha telah memenggal kepala tentera
Jepun yang dibunuhnya untuk di bawah menemui Jeneral Mac Arthur(Keta Tentera
Amerika Syarikat yang berpangkalan di Filipina)untuk mendapat bantuan jenjata
bagi menentang tentera Jepun di sabah.Sewaktu
Tun Mustapha di Filipina bapanya meninggal dunia dan adiknya pula Datu
Muhammadun bersama-sama sahabatnya (sepupunya)Alibasa telah di tangkap oleh
tentera Jepun di perairan pulau bangi sewaktu mengintip pergerakan tentera
jepun untuk memastikan pelayaran Tun Mustapha palawan selamat.Pada waktu itu
pihak jepun menyangka bahawa yang ditangkap itu adalah Datu Mustapha,tetapi
mereka tidak tahu(sumber lisan adik bongsu Tun).Datu Muhamadun telah disiksa
oleh tentera jepun dengan diikat di palangan kayu.dihiris-hiris badanya dan
lukanya dibubuh garam.Beliau dijemur di panas terik , diberi minum air sabun
dan dipukul perut dan badanya tiga malam dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki
tarik ke atas.Beliau juga disiksa dan dipukul oleh tentera jepun.Selepas tiga
hari,Ali Bassa dan Datu Muhamadun di bawa belayar ke kudat.Datu Muhamadun telah
memberikan amantah akhir kepada Ali Bassa agar beliau mencari jalan untuk
melarikan diri dan memberitahu Tun Mustapha mengenai penangkapanya dan beliau
berpesan agar membela kematiannya nanti.Ali Bassa telah berjaya melarikan diri
dengan terjun ke laut di perairan Pulau Balak-Balak Banggi.Dalam keadaan kaki
dan tangan yang terikat seta telanjang bulat.Menurut beliau sewaktu berada
dalam air,Ikan yu hanya mengelilinginya dan beliau boleh bernafas dalam
air.Ailr lau tidak mengenai hidungnya dalam jarak sejangkal.Beliau berjaya
membuka ikatan di kaki dan tanganya dan berenang ke Pulau Balak-Balak
Banggi.Sewaktu terjun ke laut,beliau telah dihujani peluru meriam dan senapang
tentera jepun.Namun,tidak lansung mengenai tubuhnya.Keberanina Datu Muhamadun
dan Ali Bassa telah diabadikan dalam syair Perang Sabil dalam versi bahasa
Suluk untuk menaikkan semangat jihal gerila di Sabah.Sewaktu Tun Mustapha
kembali ke Sabah beliau amat marah dengan kematian adiknya .Tun Mustapha telah
menubuhkan dan mengetuai tentera gerila bumiputera Sabah dengan berpangkat
Kapten.Pasukan tentera gerila ini telah disertai oleh orang-oarang bumiputera
dari Suku Suluk,Bajau Bannaran,Kagayan.Orang Sungai dan Orang Brunei dari
Kudat,Kota Marudu dan Pitas.Beliau bermula dengan pangkat pervet dan setelah
itu dinaikkan pangkat bersarjan di dalam bahagian perkhidmatan perisikan
rahsia.5 April 1945,Tun Datu Mustapha
dinaikkan pangkat Leftenan.Selepas itu,beliau menjawat jawatan kapten gerila
british di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N comber,bekas pegawai
daerah Kota Belud.Sewaktu melayan tentera Jepun,Pasukan gerila Tun Mustapha
terlibat dengan beberapa ,pertempuran di Kudat,Kota Marudu ,PItas ,Kota Belud
dan Pulau Banggi.Sewaktu fasa akhir menentang tentera jepun,Tun Mustapha telah
menempatkan semua keluarga dan sanak saudaranya yang ingin berpindah ke sebuah
tempat persembunyian yang dikenali sebagai tapokan di kawasan Telaga,Pitas.
Sekembalinya British dari perang dunia kedua,beliau menyadang kerusi ketua anak
negeri kelas satu membawa gelaran orang kaya-kaya.Beliau telah memperjuangkan
kemerdekaan Sabah dan atas kepimpinanya sewaktu melawan tentera jepun di
Sabah,beliau telah diberi mandat untuk memimpin Sabah bagi mencapai kemerdekaan.Setelah
itu,tiba saatnya gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia,beliau
dilantik sebagai yang dipertua negeri Sabah.